KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri serta barisan Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Arthur sekeluarga dalam menghadapi ujian itu.
"Semoga segala kenangan dan kasih sayang yang dikongsi bersama sahabat baik saya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, menjadi kekuatan keluarga dalam detik duka ini. Saya berharap agar semangatnya terus hidup dalam hati kita.
"Mendiang merupakan seorang rakan yang pernah berada bersama dalam Kabinet, seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang. Pemergian beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan," katanya.
Senada dengan beliau, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan, tokoh politik dan pemimpin yang amat disegani.
"Perjuangan dan sokongan beliau bersama Barisan Nasional amat dihargai dan kini disambung legasinya oleh anak beliau, YB Arthur. Saya mewakili BN menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Tan Sri Joseph Kurup. Semoga terus kuat dan tabah dengan berita ini," katanya.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi perkongsian di laman Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga dan berharap mereka terus tabah dengan kehilangan ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai.
"(Mendiang) sentiasa memperjuangkan kebajikan dan keperluan orang Sabah, mengutamakan parti BN. Semoga tabah menghadapi dugaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Ahmad Zahid mengucapkan takziah kepada Arthur sekeluarga ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup yang meninggal dunia malam tadi. - Foto Facebook Ahmad Zahid
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
'You're the best' - Arthur Kurup kenang pemergian bapa
'Terima kasih bapa... Anda terbaik'. Demikian kata Datuk Arthur Joseph susulan pemergian bapanya, mendiang Tan Sri Joseph Kurup.